Wednesday, April 23, 2008

kursus Bioteknologi

Isi Kandungan :
Pengenalan Bioteknologi / Pertanian Organik / Natural Farming
Manual Formulasi Produk Organik
- Jenis-jenis Input Produk Organik
- Indigenous Microb (IMO) @ Effective Microb (EM)
- Baja Foliar (FFJ @ FFP)
- Baja Kompos
- Fish Amino Acid (FFA)
- Phosphate & Calsium (PCa)
- Racun Serangga Organik
- Racun Kulat Organik

Kaedah Penggunaan
Kelebihan / Kebaikan Produk Organik
Testimoni

Monday, April 21, 2008

KURSUS BIOTEK - 26 DAN 27 APRIL 2008 (PERCUMA)

Saya akan mengadakan kursus BIOTEK pada 26 dan 27 April 2008 ini,bertempat di chalet saya di Serendah Si Kebun Bunga pada jam 2.30 petang.

Saya juga menjemput ramai pakar-pakar dalam bidang ini.

Dengan segala hormatnya saya mempersilakan sesiapa yang berminat mengikut kursus ini,bukan sahaja untuk orang Sik ,rakan-rakan dari kawasan lain juga dialu-alukan .

Kursus ini adalah secara percuma dan makan minum juga disediakan.

Jika orang Sik mahu berjaya dalam bidang pertanian datanglah dan lihat sendiri apa yang saya sedang lakukan.

Rebutlah peluang ini..

lokasi dan tempat di sini http://www.wanazmisik.com/serendahsik
Alamat : Serendah Si Kebun Bunga,
Bendang Keras, Chepir, SIK, 08200
KEDAH DARULAMAN

nombor tel baru : 04 4620 269

wanazmi@wanazmisik.com

peta ke sana:




-------------------------------------
sekian terima kasih..
-------------------------------------

Wednesday, April 16, 2008

LAMA TAK UPDATE

Minta maaf sebab lama juga tak update blog ini.

Ada masalah line TMNET di chalet saya di Sik, jadi internet pun down. Sekarang tengah tunggu Telekom memperbaiki. Terima kasih.

Friday, April 4, 2008

Buah-buahan jenis baru yang boleh ditanam di Sik

petikan dari forum saya di www.wanazmisik.com :

Saya telah mendapat kerjasama dari MINT untuk menggunakan teknologi nuklear dalam pengeluaran benih, kawalan penyakit dan pembajaan. Jenis-jenis tanaman yang terlibat ialah

a) Pisang Montel
b) Kelapa Matag
c) Nenas
d) Jagung
e) Pokok Gaharu (Depu)
f) Vanilla
g) Pokok Bunga Ros
h) Pokok Bunga Melur
i) Pokok Bunga Kenanga

Pusat projek perintis untuk tanaman-tanaman ini telah dimulakan, seperti
a) Kelapa Matag, Pisang Montel di Kg. Masjid Jeneri
b) Pokok Vanilla di Kg. Hujung Bandar, Sik
c) Pokok Longan di Kg. Bunga Ceper
d) Jagung Madu (Tiga) di Kg. Carok Kelian, Sik
e) Nenas Kiew di Kg. Bangol Jenereh, Sik
f) Epal Hijau di Serendah Sikebun Bunga.

Dari kampung-kampung ini, benih-benih akan dibiak dalam tenpoh dia tahun ini untuk satu kawasan satu tanaman.

Disamping itu mendapat kerjasama dari USM (Dr. Ishak) untuk penyelidikan dalam bidang-bidang berikut:-

a) Pokok-pokok herba, banyak telah dikenalpasti akan ditumpukan dikawasan Ceper seperti Kg. Jelutong dan Kg. Bendang Man. Kajian juga sedang dilakukan untuk memproses Omega 3 dari ikan keli sedang diusahakan di Kg. Kenangan Jeneri.
Projek perintis ternakan ikan kelah telah berjaya dilakukan di Kg. Kuala Sik dan sekarang peringkat pembiakan benih secara komersial. Projek percubaan ternakan ikan ubi (ikan Hantu) sedang dilaksanakan di projek perintis Kg. Masjid.
Sebuah ladang pokok Vanilla sedang diusahakan di Kg. Hujung Bandar.

Kursus-kursus berikut sedang dilakukan iaitu
a) Tanaman Pisang Montel dan Kelapa Matag di Kg. masjid Jeneri
b) Tanaman Longan di Kg. Bunga
c) Tanaman Vanilla di Hujung Bandar
d) Tanaman Jagung di Kg. Charok Kelian
e) Ternakan ikan Kelah di Kg. Kuala
f) Ternakan ikan Keli di Kg. Kenangan

Kursus ini adalah percuma dan sesiapa yang berminat, sila berhubung dengan saya.

Perhatian : Saya sedang berusaha untuk memperkenalkan tanaman-tanaman baru dengan menggunakan teknologi (Biotech) untuk mengasaskan kegiatan industri berasaskan pertanian. Semua kerja-kerja ini hanya memerlukan dua jam sahaja sehari (jam 5-7 petang)
Disamping itu saya akan menggiatkan program Buku Hijau khususnya dikalangan kaum wanita. Program ini saya khususkan untuk Pertubuhan Berkumpulan Wanita (WI) Bagi wanita-wanita yang berminat, sila hubungi pertubuhan ini.

terima kasih.

KURSUS BIOTEK

Saya sudah memperolehi beberapa kemahiran baru dalam bidang biotek,seperti pokok gaharu,ternakan ikan ubi dengan menggunakan teknologi nano,ternakan ayam secara organik,penyediaan baja EM,tanaman cabai secara fertigasi ,membiak beneh nenas secara tisu,tanaman bunga tropika,menghasilkan bukacip untuk menjernih air dan membuang bau busuk dan berbagai aspek mengenai IT.

SESIAPA YANG BERMINAT SILALAH BERHUBUNG DENGAN SAYA DAN SAYA AKAN CURAHLKAN SEMUA ILMU ITU. SILALAH KE CHALET SAYA DI SIK BOLEHLAH SAYA TUNJUKKAN. terima kasih

Thursday, April 3, 2008

SAYA BERSEDIA.....

Saya Bersedia Bertanding untuk merebut kembali Ketua Bahagian Umno Sik.

Kepimpinan UMNO Sik sekarang ini telah GAGAL , 2 kali GAGAL dlm pilihanraya.

takkan org sik nak sampai 3-4 kali GAGAL ?

Bangunan UMNO yg saya buat lebih 15 tahun dulu pun tak mampu dijaga dan diurus oleh depa. Atap Bocor pun hanya bubuh atap getah saja.Berpolitik dgn menggunakan WANG RINGGIT semata mata dan bukan dengan SEMANGAT PERJUANGAN.

Kesilapan saya yg terbesar dalam karier politik saya ialah dengan membawa balik ke Sik Tan Sri Hamid Othman dan menyerahkan ketua bahagian kepadanya dengan harapan dia dan saya dapat berganding bahu untuk memajukan SIK. Setelah saya serahkan jawatan Ketua Bahagian kepadanya...saya ditendang keluar daripada UMNO dan saya dipecat dari UMNO selama 7 tahun 6 bulan.Dan yg paling sedih dituduh saya sebagai PRO PAS. sedangkan mereka menyokong PAS secara langsung.Nasib saya adalah seperti TUN MAHATHIR.. fikirkan fikirkan lah. Di Sik ini, kalau mahu menang banyak kenalah buat baik dgn PAS dan cuba dapat sedikit undi dari pihak PAS yg boleh buat kawan.Bukan seperti mereka yg bermusuhan dgn PAS.Saya mencabar mereka-mereka ini, supaya cuba masuk di kubu kubu PAS seperti di pondok2 dan di kampung Bandar Hilir.Jika mereka berani masuk....saya sanggup tabik mereka.Mereka sebenarnya tidak tahu, ikat kura-kura di kaki dan menangkap burung terbang dan jauh sekali meracit burung di rimba. Saya pernah cadangkan supaya Tengku Razali jadi PM dan Rafidah menjadi TPM. apa komen semua?

Org Sik tak perlu lawan saya kerana saya mempunyai rekod tersendiri.

1) anak Sik yg pertama jadi Ketua Bahagian Sik
2) anak Sik yg pertama jadi EXCO Kedah
3) anak Sik yg pertama mengangotai 2 Dewan iaitu Dewan Undangan Negeri Kedah Dan Parlimen Malaysia
4) Saya tidak pernah kalah dalam pilihanraya
5) Nombor ahli UMNO saya = 117 dan ahli UMNO yg paling LAMA kena PECAT mengalahkan Tun Mahathir yg dipecat selama 3 tahun saja.

Adalah lebih baik ,jika berbaik dgn saya supaya saya dapat mencurahkan segala ilmu dan pengalaman politik saya seperti yg dilakukan oleh Allahyarham Dato Non Johari kpd saya.

Sekian Terima Kasih-
Dato' Dr. wan azmi ariffin

-----------------------------------------------------------------

peluang pekerjaan untuk pemuda SIK

Syarikat saya MOBILITY ONE sedang mencari graduan dalam bidang IT untuk diberi kursus Sijil Cisco.Tempat tinggal disediakan dan elaun sebanyak rm1000 sebulan diberi,Sekiranya berjaya akan diambil berkerja di luar negara dengan elaun usd100 sehari.Bagi anak-anak muda Sik yasng berminat sila berdaftar di forum saya di www.wanazmisik.com

Kursus yang dirancang ini akan bermula dalam bulan Mei 2008 ini.Sila rebut peluang ini.Kerusus asas IT masih berjalan di pejabat saya di BangunanTabung Haji di Sik.Sesiapa yang berminat sila daftar di pejabat saya.Anak-anak muda Sik banyak yang masih duklena dan minum air ketum.Sila bangun semua dan kejarlah kemajuan.Saya masih bertenaga membawa anda semua kearah kemajuan.Duk buat apa lagi,MARI,MARI,MARI MENUJU KEJAYAAN BERSAMA DENGAN SAYA.

-----------------------------------------------------------------

PULIHKAN UMNO Sik

Jika orang Sik mahu saya pulihkan UMNO Sik memang saya mempunyai pengalaman memulihkan UMNO Sik semasa UMNO diharamkan dulu sehingga menjadi di antara 10 bahagian yg terkuat di Malaysia dengan keahlian melebihi 18 ribu orang.

Untuk maklumat semua, ahli UMNO Sik kini hanya berjumlah 16,700 org sahaja. Sepatutnya ahli UMNO Sik sekarang ini berjumlah lebih daripada 20,000 org.

Saya berkemampuan meningkatkan ahli UMNO ketahap itu, memulihkan cawangan2 yg tidak aktif dan menubuhkan cawangan2 yg baru.Jika mau jadi ketua bahagian perkara inilah yg perlu dibuat bukan dgn wang ringgit tetapi dengan SEMANGAT PERJUANGAN UMNO.

Di bawah kepimpinan sekarang UMNO Sik semakin hari semakin layu.

Saya mencabar sesiapa yang berhasrat nak jadi Ketua UMNO bahagian Sik sila tampil berbahas secara TERBUKA dgn saya di hadapan ahli-ahli UMNO biar ahli2 UMNO sik buat keputusan.

Janganlah jadikan WANG sebagai faktor penentu ini adalah RASUAH politik dan akan membawa KEHANCURAN kepada UMNO.Jika ahli2 UMNO Sik mahukan kepimpinan saya, silalah calonkan saya untuk menjadi ketua bahagian.

Saya tidak berhasrat nak jadi wakil rakyat kerana sudah duduk di kedua dua Dewan tetapi hasrat saya ialah nak Memperkasakan kembali UMNO Sik dan melatih kepimpinan yg baru yg boleh dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Tidak seperti pemimpin UMNO yg ada sekarang ini.Kebanyakan kartun belaka termasuk Doraemon dan pelawak pelawak dan broker broker Politik yg tidak ada kewibawaan langsung.Ini adalah kerana Ketua sekarang GAGAL membina kepimpinan.

Selamat BERJUANG.

Sila masuk ke website saya dan dengaq lagu lagu patriotik (UMNO) di alamat:http://tvradio.wanazmisik.com/lagu.html

-----------------------------------------------------------------

sentimen politik orang Sik yang tidak mahu orang luar

Pohon maaf kepada semua kerana sudah lama tidak masuk berinteraksi dengan semua kerana saya terlalu sibuk menguruskan hal peribadi untuk menyesuai dengan hidup baru.Disini saya nak ingatkan semua mengenai sentimen politik orang Sik yang tidak mahu orang luar,Pada tahun 70an dahulu Haji Safirul orang dari Alor Setar telah kalag dan kini tiba giliran Datuk ManDesa dan Datuk Hasbullah pula .Mereka sungguh tak serik dan tak baca sejarah politik Sik.Dengar khabar kini ada orang luar yang berhasrat nak jadi ketua UMNO Sik.Langkah mayat saya dulu.

Saya telah beberapa kali tegur pemimpin besar UMNO jangan guna slogan UMNO DAHULU,KINI DAN SELAMA-LAMANYA.Syirik hukumnya kerana hanya ALLAH SAW sahaja yang kekal selama..lamanya.

UMNO BERSIFAT BAHARU.SEBAB ITULAH ALLAH downkan UMNO sedikit.Ada ulama dalam UMNO pun hanya makan gaji buta sahaja.

Saya rasa TR layak jadi PM dan Kak RAFIDAH jadi TPM.Shahrizat ambil aleh Ketua Wanita.Tentang ketua Pemuda pula biar mereka masuk Universiti UMNO dahulu dan siapa yang lulus ujian baru jadi Ketua Pemuda.Nampak semua ini pelik tetapi dalampoliti semua boleh berlaku,kerana UMNO kini macam-macam ada.