Wednesday, October 15, 2008

orang melayu dan politik

Lebih setengah abad orang Melayu berpolitik dan melalui politik diharapkan orang Melayu akan maju dalam bidang ekonomi.Dalam politik norang Melayu berundur kebelakang dan dalam bidang ekonomi sedikikt sangat yang bergerak kehadapan.Orang Melayu lebih gemar berpolitik dari bergiat aktif dalam bidang ekonomi.

Di kampong ,dimerata tempat orang Melayu bercakap mengenai politik;di majlis kenduri tidak apalah,tetapi yang paling pelik sekali di rumah orang mati pun bercakap politik.Baru-baru ini seorang sepupu saya,seorang doktor perubatan dan pernah menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan(pergi belajar di luar negara dengan biasiswa kerajaan)telah berkempen kuat menyokong Dato Sri Anwar Ibrahim.Dia begitu lantang sekali bersyarah memiji-muji Anwar sehingga sepupunya terpaksa menugur suruh dia menghormati jenazah abang iparnya,seorang ahli Parti Pas yang mempunyai 4 orang anak yang berkulusan ijzah dan kesemua mereka mendapat biasiswa pengajian.Betul-betul saya tidak faham fenomina ini.Jari-jari yang menyuap nasi,akhirnya digigit.Saya rasa sampailah masanya kita orang-orang Melayu memberi lebih tumpuan kepada bidang ekonomi;jika tidak kita tidak akan sampai kemana.Tun Mahathir telah mengadakan pelan bertindak Wawasan 2020.Jika kita tidak cepat bertindak,saya takut kita semua akan mati,kerana 20 campur 20 menjadi 40.Orang Cina percaya angka 4 itu mati dan 40 mati terus.Semasa saya menjadi Ahli Parlimen tempuh hari berbagai program-aktiviti ekonomi yang cetuskan;terutamanya bidang pertanian biotektetrapi sedikit sangat yang berminat.Pokok kelapa matag yang berbohong.

Hari ini saya teruskan juga usaha saya un tuk memanjukan ekonomi irang Melayu.Laman web saya macam-macam ada tetapi berapa orang saja yang masuk dan berinteraksi dengan saya.Sekarang ni saya telah berjaya menjalankan beberapa projek seperti ternakan ayam organik,baja organik,tanaman organik,baja pokok getah,ternakan ikan,minyak kelapa dara,menghasilkan hormon-hormon pokok seperti cytokinin dari air santan kelapa dll.Saya juga menanam pokok gaharu dan menghasilkan fungi suntukan sendiri.Saya lakukan ini semata-mata untuk menunjuk ajar kepada bangsa saya.Untuk diri sendiri dan untuk anak-anak saya saya,kami sudah OK.Saya menjadi pengerusi sebuah syarikat ICT,Mobility One LTD,yang disenarai di Pasaran Saham di London(saya sudah jadi glokar) dan juga menjadi pengerusi Raffles Ecucation Group yang menpunyai 23 buah kolej dan universiti di seluruh dunia.Apa yang saya amat takut sekali bangsa saya mendapat angka 40.Oleh yang demikian wahai bangsaku,hendaklah kita kurang sedikit berpoliti tetapi hendaklah tumpu lebih banyak masa dan tenaga lagi dalam bidang pelajaran dan ekonomi.Saya mengalukan kepada sesiapa jua yang nak maju kedepan ,sila berhubung dengan saya melalui laman web saya.Dalam politik,seseorang ahli politik itu tiada noktah baginya,kecuali mati.Apa yang tetap ada ialah koma atau semi-koma,Jika koma berkoma sahaja dalam politik UMNO.

3 comments:

pakteh said...

Salam,
saya sangat setuju dengan pandangan Dato'

Muhammad Azli Shukri said...

saya pun sama..

Umno Malaysia said...

Orang melayu memang champion berpolitik.... cuma dikesali kerana ada segelintir menggunakan politik untuk isi perut sendiri bukan kerana bangsa dan agama...

umno-malaysia.blogspot.com