Monday, May 4, 2009

Anak Kelahiran Sik Yg Pertama (bahagian 2)

SAZIMAN BIN ISMAIL,anak kelahiran Kampong Bendang Tebal,yang pertama menjadii pemain bolasepak dalam pasukan Negeri Kedah Daru Aman

BAHAROM BIN HAMID,anak kelahiran Kampong Sik Dalam,yang pertama memperolehi gelaran PANGLIMA (jawatan ini adalah pembantu penghulu mukim ddi Negeri Kedah Darul Aman,kini jawatan ini telah dimansuhkan),anak penghulu yang pertama menjadi Ketua Cawangan UMNO.

REJAB BIN ABDULLAH
anak kelahiran Kampong Namek,yang pertama menyertai REGIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA,yang pertana berkhidmat di Congo di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

ABDUL RAHMAN DIN HASSAN,
anak kelahiran Kampong Sadu,yang pertama menuntut di Universiti AL Azhar,Mesir,yang pertama belanja wang sendiri semasa belajar di luar negara.

YAHYA BIN SALLEH,anak kelahiran Kampong Lubuk Bedil,yang pertama memiliki Lesen Kontrek Kelas F,yang pertama menjadi pemimpin Persatuan Belia Daerah.

MUHAMMAD BIN SALLEH,anak kelahiran Kampong Lubuk Bedil,yang pertama menjadi Pengurus harta di Putra Jaya.

YAHYA BIN SAID,anak kelahiran Kampong Namek,yang pertama menyertai kerahan tenaga semasa Komfrantasi,yang pertama menjadi penoroka FELDA (Trolak).

OSMAN BIN HAJI AHMAD,anak kelahiran Kampong Sik Dalam,yang pertama menjawat jawatan tinggi di MARA,yang pertama menubuh Yayasan Pelajaran Sik.

CHE AD BIN HASSAN,anak kelahiran Kampong Parit Jeneri,yang pertama memajukan skim perumahan di kampong sendiri,yang pertama memiliki syarikat perumahan dan Kuala Lumpur

HARUN BIN JUSUH/PAD DA SOH,anak kelahiran Kampong Tupai,yang pertama belajar di Nilam Puri Kelantan,anak Sik yang pertama menjadi wakil rakyat,yang pertams menjadi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah,yang pertama dihadiahkan seorang isteri apabila memenangi pilihanraya,

AHMAD BIN ABDULLAH/PAK LANG LAH,anak kelahiran Kampong Sadu,yang pertama belajar di Universiti Pertanian (Putra) Malaysia,yang pertama memperolehi ijazah dalam bidang Perhutanan.

ESAH BINTI HAJI KECIK,anak kelahiran Kampong Sadu,wanita Sik yang pertama menjawat jawatan guru besar di Kuala Lumpur,yang pertama berkahwin dengan seorang pegawai MCS

TARMIZI BIN HAJI KECIK,anak kelahiran Kampong Sadu,yang pertama memperolehi ijzah di dalam bidang NUKLEAR FIZIK.

OTHMAN BIN AHMAD(Haji),anak kelahiran Kampong Namek Tua,yang pertama menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim,yang pertama menjawat jawatan guru besar di Sekolah Rendah Kebangsaan.

TAN CHONG HAI,anak kelahiran Pekan Sik,yang pertama dari dari keturunan Cina yang belajar di Chang Ling High School Pulau Pinang,yang pertama seorang Cina yang memperolehi pingat kebesaran Jaksa Pendawai (Jjp)dari DYMM Sultan Kedah,yang pertana mamiliki kereta Mercedes dan yang pertama menbuka kilang eletronik.

ENDENG SENG,anak kelahiran Kampong Bukit Minyak Kuala Begia,yang pertama orang Siam dianugerahykan dengan darjaah kebesaran Jaksa Pendaamai (JP),yang pertamamenjadi Peengerusi Persatuan Thai Kedah/Perlis,yang pertama mempunyai seorang menantu seorang Doktor perubatan Melayu dan yang pertama mengambil wakil rakyat ( Dato Wan Azmi)sebagai anaak angkatnya.

SHAHROM BIN MD,ZAIN,anak kelahiran Kampong Sadu,yang pertama memperolehi ijzah dalam bidang Arkitek,yang pertama berkerja sebagai pekerja profesional di Jeddah dan di Iran,

RUSLI BIN ABDUL HAQ,anak lelahiran Kampong Masjid Jeneri,yang pertama memperolehi ijazah dalam bidang Mathematik dari universiti di Amerika Syarikat,yang pertama memegang jawatan tinggi dalam Kumpulan Telekom Malaysia,yang pertama menjalan ternak lembu secara feedlot dengan memberi makan dengan daun kelapa sawit.

ALWI BIN ISMAIL,anak kelahiran Pekan Sik,yang pertama belajar di ITM,yang pertama menjadi pengurus saham MARA.

AIBRAHIM BIN BAHAROM,anak kelahiran Kampong Tanjung Belit yang lulus dalam bidang Juruukur Bahan,yang pertama mempunyai syarikat Jurukur Bahan di Kuala Lumpur,anak tukang kebun yang pertama mendapat ijazah.

AZMI BIN IDRIS,anak kelahiran Kampong Caruk Damar,yang pertama bertugas dibawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia,yang pertama berjaya menyelamat askar-askar Amerika dan Pakistan di Somalia (Peristiwa BLACK HAWK DOWN).

TAHIR BIN LONG,anak kelahiran Kampong Caruk Kit,yang pertama berpangkat RSM dalam Angkatan Tenteraq Darat,yang pertama dapat membunuh beberapa orang Komunis di Sarawak,yang pertama menjawat jawatan Pegawai RELA Daerah Sik dan yang pertama berkahwin dengan orang iban yang berugama Islam.

ISMAIL BIN MD.ALI,anak kelahiran Kampong Namek,yang pertama menyertai Pasukan Gerak Khas(Komando),yang pertama memakai sayap payung terjun,yang pertama menjadi jurulatih di BTN.

SALLEH BIN MUSA(Tuan Guru / Haji)Anak kelahiran Kg Banggol Kiat Sik, yang pertama belajar di Darul Ulum MEKAH, yang pertama membuka sebuah pondok yg terbesar di daerah ini.... Yang pertama kali masuk bertanding dlm pilihanraya tetapi tidak berjaya... yang pertama memiliki kereta Mercedes dan yg pertama dikenali sebagai seorang ulama yg terkenal...

MAJID BIN MD NOH , anak kelahiran Kg Mandol Sik.Yg pertama mengikut kursus perguruan di KBTC, yang pertama memiliki motorsikal NORTON ...dan yg pertama mempunyai seorang anak berkelulusan dlm bidang Arkitek.

BADARUDIN BIN RAMLI Anak kelahiran Kampung Tandop Sik, yg pertama mempunyai kemahiran dlm bidang "letupan" . yg pertama kena tembak dgn pengganas komunis di kawasan Gubir semasa bertugas dlm Angkatan Tentera Malaysia. org yg pertama mempunyai kepakaran dlm penanaman pokok longan , nenas dan jambu air.yang pertama merupakan seorang bukan graduan yg berkahwin dgn seorang graduan.

ABDUL GHANI BIN ARIFFIN (Dato),anak kelahiran Kampong Kota Bukit Jeneri,yang pertama menjawat Pegawai Daerah di luar Negeri Kedah Darul Aman,yaqng pertama berkahwin dengan kerabat di raja Kedah dan yang pertama menjawat jawatan Pegawai Pembangunan Negeri.

MD.RADZI BIN HAJI KECIK (Haji),anak kelahiran Kampong Sadu,yang pertama mengajar di negeri Kelantan,yang pertama menjawat jawatan tinggi di BANK NEGARA,yang pertaama mendirikan rumah di Sungai Buluh dan yang pertama menanam durian di Bukit Legong

AZMAH BINTI AWANG DOI,anak kelahiran Kampong Namek,wanita yang mempunyai ijazah,yang pertama menjadi guru graduan di Kuala Lumpur dan yang pertama berkahwin dengan seorang wartawan,dan yang pertama mempunyai seorang anak yang berkhidmat sebagai seorang doktor pakar di Dublin Ireland.

SALLEH BIN HAJI MUSA (Tuan Guru,Haji),anak kelahiran Kampong Banggul Kiat,yang pertama belajar di Darul Ulum Mekkah,yang pertama membuka sebuah madrasah/pondok yang terbesar,yang kali pertama bertanding dalam pilihanraya dan kalah,guru ugama yang terkenal sebagai ulama di daerah ini dan juga di daerah-daerah lain,yang pertama guru pondok memiliki kereta mercedes.


OMAR BIN MUHAMMAD(Dato),anak kelahiran Batu Lima Sik,yang pertama nenjawat jawatan Pegawai Daerah,yang pertama memegagang jawatan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman.

ABDUL GHANI BIN ARIFFIN(Dato),anak kelahiran Kampong Kota Bukit Jeneri,antara yang pertama belajar di Sekolah Menengah Sik,yang pertama menjawat jawatan Pegawai Daerah di luar negeri Kedah Darul Aman dan yang pertama berkahwin dengan ahli kerabat di raja Kedah Darul Aman.

AZIZAN BIN HAMID,anak kelahiran Kampong Caruk Padang,yang pertama bertugas sebagai pegawai di JPJ,yang pertama menyandang jawatan Pengarah Perancangan Negeri Melaka.

ADNAN BIN USTAZ MAD ZAIN,anak kelahiran Pekan Sik,yang pertama mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Petroleum,yang pertama menjadi jurutera PETRONAS,yang pertama menjadi pakar runding dalam bidang petroleum di peringkat antarabangsa.

RUSLI BIN AHMAD,anak kelahiran Kampong Sadu Sik,yang pertama mendapat kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal,yang pertama berkdimat sebagai jurutera dengan PROTON,yang pertama membuka kilang vendor dengan proton.

No comments: