Wednesday, April 29, 2009

ANAK KELAHIRAN SIK YANG PERTAMA....

ABDUL AZIZ BIN WAHAB-
anak kelahiran Kampong Caruk Padang -yang pertama belajar di England (Dartmouth);yang pertama berpangkat paling tinggi dalam TLDM-Laksmana Madya.yang pertama berkahwin dengan ratu cantik,yang pertama pernah menjawat jawatan tertinggi dalam Pertubuhan Arkam.

ABDUL HAMID BIN OTHMAN
(Tan Seri,Dato Dr,Haji),anak kelahiran Kampong Kemelong Sik-yang pertama belajar di Scotland(St.Andrew University,yang pertama menjawat Ketua Pengarah Pusat Islam,yang pertama menjadi menteri pusat dan yang pertama kalah dalam pilihanraya umum peringkat Parlimen

ABDUL AZIZ BIN SALEH,
anak kelahiran Kampong Lubuk Bedil-yang pertama belajar di Australia,yang pertama menjawat jawatan pensyarah di UKM dan di Universiti Malaysia Sarawak,yang pertama mempunyai kelulusan di dalam bidang kejuruteraan genetik.

ABDUL RAZAK BIN HAJI KECIK(Dato,Dr.)
-anak kelahiran Kampong Sadu Sik,yang pertama belajar di Ireland,yang pertama menjadi seorang Doktor Perubatan,yang pertama menjawat Pengarah di Hospital Besar Kuala Lumpur,yang pertama menjawat Pengarah Kesihatan Negeri,yasng pertama berdakwa kepada orang-orang asli dan yang pertama menanam nenas yang terluas di daerah ini

AZMI BIN KASSIM(Haji)-
anak kelahiran Kampong Namekv Sik-yang pertama belajar di Brinsford Lodge England,yang pertama menjadi guru yang pertama di Sekolah Menengah Sik,guru yang pertama berkahwin dengan anak muridnya dan orang Sik yang pertama berkahwin dengan orang Johor.

WAN AZMI BIN ARIFFIN(Dato Dr. Haji )-
anak kelahiran Kampong Sadu Sik,yang pertama belajar di Canada,guru yang pertama mengajar di Sekolah Menengah Alor Janggus,yang pertama menjawat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darulman (exco),yang pertama menduduk Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat(Parlimen,yang pertama dianugerahkan darjah kebesaran Kedah ,SETIA MUAZAM SHAH (SMS),yang pertama memiliki syarikat yang disenarai di Pasaran Saham London(MOBILITY ONE LIMITED),yang pertama menjadi guru di MRSM, yang pertama pengerusi dan memiliki saham di Raffles institute/Univerity of Design di 8 buah negara,yang pertama mendirikanebvuah masjid di Kampong Cham Kemboja,ahli UMNO yang paling lama kena pecat,selama tujuh tahun enam bulan,yang pertama membangunkan sebuah resort percutian di Sik,yang pertama menjawat jawatan Kolonel Kehormat dalam Pasukan RELA,yang pertama tidak menyokong Dato Seri Anuar Ibrahim,yang pertama yang mempunyai anak yang berkelulusan Ph.D dalam bidang Keewangan Antarabangsa dan Sistem Keewangan Islam.yang pertama dapat mengalahkan calun Parti Pas dengan kelebihan undi melebihi 3,000 dan yang pertama membangunkan Pekan Sik yang baru.

HANAPIAH BIN AHMAD( Tan Seri,Haji)-
anak kelahiran Kampong Banggul Derdap Sik,yang pertama belajar di Universiti Malaya,yang pertama menjawat jawatan Ketua Pengarah Lembaga Urusan Tabung Haji,yang pertama dianugerahkan darjah kebesaran DSDK oleh DYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato.

HAMZAH BIN AHMAD-
anak kelahiran Kamping Banggul Derdap,yang pertama menjawat pangkat Major dalam Angkatan Tentera Malaysia,yang pertamabelajar di Amerikat Syarikat,yang pertama menjadi Pensyarah di Universiti Perguruan Tanjung Malim,yang pertama menjalankan berbagai tugas dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di NewYork,yang pertama menjadi pakar undang-undang antarabangsa dan undang-undang marintin dan yang pertama berkahwin dengan anak mami Pulau Pinang.

CIK UDA BIN CIK NIK(YB,Haji)-
anak kelahiran Kampong Tupai Sik,yang pertama mendapat ijazxah dari Universiti Kebangsaan Malaysia,yang pertama menjawat jawatan guru besar disekolah menengah,guru besar yang bersara yang menjalankan ternakan lembu secara besaran,Ahli Parlimen yang pertama menjual beras dengan harga yang murah kepada rakyat dan ahli UMNO yang pertama menjadi calun Pas,tetapi tidak dipecat dari UMNO.

SHAHNON BIN AHMAD(Professor,Dato,Haji)-
anak kelahiran Kampong Banggul Derdap,yang pertawa menjawat jawatan Professor,yang pertama menjadi seorang nobelis,yang pertama mendapat gelaran Sasterawan Negara,yang pertama menjawat jawatanDekan,yang pertama menentang Tun Mahadir secara terbuka melalui nobel SHIT,yang pertama dapat mengalahkan seorang menteri dalam pilihanraya umum,yang pertama membina rumahnya berbentuk MINANGKABAU dan yang pertama dua beradik telah menjadi wakil rakyat (AllahYarham Haji Md.Noh bin Ahmad,bekas Adun Sik adalah abangnya).

ABDUL KADIR BIN FAKIR HASSAN-
anak kelahiran Kampong Sadu,yang pertama memiliki rumah dan tanah di Medina,yang pertama mempunyaai anak yang bertugas di Masjid Nabawi Medinah.

Md Noh bin Ahmad (haji)
anak kelahiran Kg. Banggol Derdap...
berpangkat SP dalam PASUKAN PDRM,yang pertama menjawat jawatan Ketua Special Braanch Negeri,yang pertama sebagai anak Sik yang menjadi wakil rakyat dari Parti UMNO. dan yang pertama yang mempunyai adik yang menjadi wakil rakyat dari PAS.
Yang pertama berkahwin dgn orang Bangkok..

AZMI BIN AHMAD (Tun)
,anak kelahiran Pekan Sik,yang pertama memperolehi ijazah undang-undang dari England,yang pertama menjadi Hakim Mahkamah Agung dan orang Sik yang pertama berkahwin dengan anak seorang Syed (Syed Husssin)

ASRI BIN MD.DAUD(kOLONEL)
,anak kelahiran Kampong Tanjung Setar,yang pertama berpangkat tinggi dalam TUDM,yang pertama menjadi pilot pesawat jet F-14 ,yang pertama menjadi juru latih pesawat jet.

MD.ZAKI BIN ZAINUN ,
anak kelahiran Kampong Caruk Damar Sik,yang pertama memilik dan mengusaha beberapa stesyen minyak di Kuala Lumpur.

ABDUL RAZAK BIN SALLEH,
anak kelahiran Kampong Lubuk Bedil,yang pertama belajar di Universiti Iskandariah Mesir,yang pertama mempunyai kelulusan dalam bidang Farmasi.

LIZA BINTI ZAINOL/PAK YAMIN (Chef),
anak kelahiran Pekan Sik,yang pertama belajr memasak di Amerika Syarikat,yang pertama bergelar chef,yang pertama mempunyai sekolah masakan(culinary )di Kuala Lumpur,yang pertama menjadii pakar runding MARA dalam bidang masakan.

akan bersambung...

Tuesday, April 14, 2009

SALAM KEPADA SEMUA AHLI UMNO

Saya berharap kita semua ahli-ahli UMNO memberi peluang kepada kepimpinan UMNO yang baru ini.

Marilah kita semua berganding bahu bersama-sama dengan mereka untuk mengembalikan keagungan UMNO.

Hanya UMNO SAHAJALAH YANG MEMPUNYAI KEBOLEHAN DAN PENGALAMAN untuk membangun Melayu dan Islam.

Nak harapkan PAS atau PKR mereka kini amat rapat dengan musuh kita.