Thursday, May 15, 2008

Susah nak jadi ahli UMNO Sik

Ada seorang anak jati Sik yang memohon nak jadi ahli UMNO Sik pada tahun 2007.
sehingga hari ini, permohonan beliau tidak mendapat jawapan.
mengikut apa yg dia kata, org org UMNO cawangan itu takut dia bertanding dlm cawangan itu.inilah sindrom UMNO bahagian Sik.

Jika ada mana mana pihak yg agak ada otak sedikit mereka tidak mahu menerima menjadi ahli.

Ini adalah salah satu sebab UMNO bahagian Sik menjadi lemah.

5 comments:

anaklubok said...

saya bukan orang sik...tapi saya orang padang Terap...bukan orang sik yang susah jadi ahli UMNO tapi semua orang susah jadi Ahli UMNO..kerana apa??kerana pemimpin-pemimpin UMNO bahagian/cawangan takut bayang-bayang sendiri...gila betoi puak-puak ni...sanggup lihat bangsa sendiri mundur semata-mata nak berkuasa...

Ramli Mohd Yunus said...

Budaya yang sudah jadi darah daging dalam UMNO.

Bad habits die hard. Pengajaran yang amat baik adalah PRU 12 baru baru ini.

Anonymous said...

salam...
lamanya tak update? sat lagi boleh aku delete je blog ni kt list favourite aku

Anonymous said...

dato',
saya bukan orang sik tapi kalu kata baling tu khira adikberadik la... tak silap saya taib azamudin nak masuk UMNO dulu pun dema tahan.
dari cawangan lagi dok tengok kalu tak sokong kapal dema kerat teruh. hakik hak leng hak boleh sokong sapa yang nak betanding ketua bahagian.
saya 2004 dulu betanding AJK pemuda bahagian, kalah dek sepak ja..... lagu ni lah mentaliti orang UMNO yang dihasuk yang dok napak pala AGONG.
pilihanraya habih juta, tak menang deyyyy... pak sal dok tanya pacak bendera bleh brapa duik.

shahnon said...

Inilah masalah UMNO secara lebih umumnya. Saya pasti Dato' juga sedar bahawa hal ini bukan hanya melibatkan UMNO di Sik sahaja malah di bahagian2 lain juga.

Sudah sampai masanya keahlian UMNO dikawal oleh UMNO pusat atau pun peringkat negeri. Sebab bagi saya tak ada bezanya ahli UMNO di Kedah, Selangor atau di mana-mana. Semuanya UMNO juga.

Yang menjadi masalah sekarang ni bila Ketua Cawangan, ketua bahagian jadi terlalu berkuasa menentukan siapa masuk jadi ahli. Maka "Hang-Hang Nadim alaf baru" yang baru hendak libatkan diri berpolitik dicantas semuanya. UMNO harus lebih terbuka. Terbuka dalam erti kata sebenar. Bukan retorik semata.

Sebab tulah kita lihat sekarang ni UMNO sangat ketandusan pemimpin-pemimpin muda dari golongan bijak pandai. Nak masuk UMNO pun susah.

Lihatlah negeri-negeri yang BN-UMNO kalah dalam PRU-12, sangat menyedihkan. Kita tak nampak muka-muka baru yang berkebolehan untuk mengisi kepimpinan negeri. Najib harus mencontohi Tun Dr Mahathir pada ketika beliau menjadi PM, beliau sentiasa memberi ruang untuk muka-muka baru mengisi kepimpinan. Sebab itu kita lihat, pada tahun 80-an, Mat Taib di usia pertengahan 30-an dilantik MB. Tahun 1999, Khir Toyo, yg pada ketika itu berusia 35, dipilih oleh Tun sebagai MB Selangor. Ini beberapa contoh saja.

Ini zaman moden. Keahlian sepatutnya dipermudahkan, bukan dibebankan. Tambahan pula zaman sekarang ni pilihan bagi anak-anak muda Melayu sudah banyak. Ada UMNO, PAS, PKR. Nak masuk UMNO susah. Maka masuklah lain-lain.