Thursday, April 3, 2008

PULIHKAN UMNO Sik

Jika orang Sik mahu saya pulihkan UMNO Sik memang saya mempunyai pengalaman memulihkan UMNO Sik semasa UMNO diharamkan dulu sehingga menjadi di antara 10 bahagian yg terkuat di Malaysia dengan keahlian melebihi 18 ribu orang.

Untuk maklumat semua, ahli UMNO Sik kini hanya berjumlah 16,700 org sahaja. Sepatutnya ahli UMNO Sik sekarang ini berjumlah lebih daripada 20,000 org.

Saya berkemampuan meningkatkan ahli UMNO ketahap itu, memulihkan cawangan2 yg tidak aktif dan menubuhkan cawangan2 yg baru.Jika mau jadi ketua bahagian perkara inilah yg perlu dibuat bukan dgn wang ringgit tetapi dengan SEMANGAT PERJUANGAN UMNO.

Di bawah kepimpinan sekarang UMNO Sik semakin hari semakin layu.

Saya mencabar sesiapa yang berhasrat nak jadi Ketua UMNO bahagian Sik sila tampil berbahas secara TERBUKA dgn saya di hadapan ahli-ahli UMNO biar ahli2 UMNO sik buat keputusan.

Janganlah jadikan WANG sebagai faktor penentu ini adalah RASUAH politik dan akan membawa KEHANCURAN kepada UMNO.Jika ahli2 UMNO Sik mahukan kepimpinan saya, silalah calonkan saya untuk menjadi ketua bahagian.

Saya tidak berhasrat nak jadi wakil rakyat kerana sudah duduk di kedua dua Dewan tetapi hasrat saya ialah nak Memperkasakan kembali UMNO Sik dan melatih kepimpinan yg baru yg boleh dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Tidak seperti pemimpin UMNO yg ada sekarang ini.Kebanyakan kartun belaka termasuk Doraemon dan pelawak pelawak dan broker broker Politik yg tidak ada kewibawaan langsung.Ini adalah kerana Ketua sekarang GAGAL membina kepimpinan.

Selamat BERJUANG.

Sila masuk ke website saya dan dengaq lagu lagu patriotik (UMNO) di alamat:http://tvradio.wanazmisik.com/lagu.html

-----------------------------------------------------------------

1 comment:

Anonymous said...

mid man tu ralek . banyak buat tak kena . masa ngeuruskan tabung haji ,tabung haji lingkup . jadi penasihat agama : agama pun tak ke mana .TG Haji salleh buat kerja agama lebih hebat lagi . lepas tu dia dan geng nakaei buat islam hadhari : apa ke bendanya rakyat pun tak paham sampai hari ni.....nanti tengok la hadhari akan berkubur gitu saja .akhir sekali dia bawa masuk bekas2 s/usaha dia bertanding di parlimen Sik ........kalah habeh. dan yang aibnya adik ipar jadi wakil PAS .

OK datuk , ambil alih ketua bahagian, I sokong you ....you lebih senang berjumpa utk nak berbincang ....you tak pernah kalah dalam p/raya. Yang dok skrew datuk dulu semua dah kecundang. mid man ,cikgu ded ,cikgu salleh,hamlan dllnya .