Friday, April 4, 2008

Buah-buahan jenis baru yang boleh ditanam di Sik

petikan dari forum saya di www.wanazmisik.com :

Saya telah mendapat kerjasama dari MINT untuk menggunakan teknologi nuklear dalam pengeluaran benih, kawalan penyakit dan pembajaan. Jenis-jenis tanaman yang terlibat ialah

a) Pisang Montel
b) Kelapa Matag
c) Nenas
d) Jagung
e) Pokok Gaharu (Depu)
f) Vanilla
g) Pokok Bunga Ros
h) Pokok Bunga Melur
i) Pokok Bunga Kenanga

Pusat projek perintis untuk tanaman-tanaman ini telah dimulakan, seperti
a) Kelapa Matag, Pisang Montel di Kg. Masjid Jeneri
b) Pokok Vanilla di Kg. Hujung Bandar, Sik
c) Pokok Longan di Kg. Bunga Ceper
d) Jagung Madu (Tiga) di Kg. Carok Kelian, Sik
e) Nenas Kiew di Kg. Bangol Jenereh, Sik
f) Epal Hijau di Serendah Sikebun Bunga.

Dari kampung-kampung ini, benih-benih akan dibiak dalam tenpoh dia tahun ini untuk satu kawasan satu tanaman.

Disamping itu mendapat kerjasama dari USM (Dr. Ishak) untuk penyelidikan dalam bidang-bidang berikut:-

a) Pokok-pokok herba, banyak telah dikenalpasti akan ditumpukan dikawasan Ceper seperti Kg. Jelutong dan Kg. Bendang Man. Kajian juga sedang dilakukan untuk memproses Omega 3 dari ikan keli sedang diusahakan di Kg. Kenangan Jeneri.
Projek perintis ternakan ikan kelah telah berjaya dilakukan di Kg. Kuala Sik dan sekarang peringkat pembiakan benih secara komersial. Projek percubaan ternakan ikan ubi (ikan Hantu) sedang dilaksanakan di projek perintis Kg. Masjid.
Sebuah ladang pokok Vanilla sedang diusahakan di Kg. Hujung Bandar.

Kursus-kursus berikut sedang dilakukan iaitu
a) Tanaman Pisang Montel dan Kelapa Matag di Kg. masjid Jeneri
b) Tanaman Longan di Kg. Bunga
c) Tanaman Vanilla di Hujung Bandar
d) Tanaman Jagung di Kg. Charok Kelian
e) Ternakan ikan Kelah di Kg. Kuala
f) Ternakan ikan Keli di Kg. Kenangan

Kursus ini adalah percuma dan sesiapa yang berminat, sila berhubung dengan saya.

Perhatian : Saya sedang berusaha untuk memperkenalkan tanaman-tanaman baru dengan menggunakan teknologi (Biotech) untuk mengasaskan kegiatan industri berasaskan pertanian. Semua kerja-kerja ini hanya memerlukan dua jam sahaja sehari (jam 5-7 petang)
Disamping itu saya akan menggiatkan program Buku Hijau khususnya dikalangan kaum wanita. Program ini saya khususkan untuk Pertubuhan Berkumpulan Wanita (WI) Bagi wanita-wanita yang berminat, sila hubungi pertubuhan ini.

terima kasih.

No comments: