Thursday, April 3, 2008

sentimen politik orang Sik yang tidak mahu orang luar

Pohon maaf kepada semua kerana sudah lama tidak masuk berinteraksi dengan semua kerana saya terlalu sibuk menguruskan hal peribadi untuk menyesuai dengan hidup baru.Disini saya nak ingatkan semua mengenai sentimen politik orang Sik yang tidak mahu orang luar,Pada tahun 70an dahulu Haji Safirul orang dari Alor Setar telah kalag dan kini tiba giliran Datuk ManDesa dan Datuk Hasbullah pula .Mereka sungguh tak serik dan tak baca sejarah politik Sik.Dengar khabar kini ada orang luar yang berhasrat nak jadi ketua UMNO Sik.Langkah mayat saya dulu.

Saya telah beberapa kali tegur pemimpin besar UMNO jangan guna slogan UMNO DAHULU,KINI DAN SELAMA-LAMANYA.Syirik hukumnya kerana hanya ALLAH SAW sahaja yang kekal selama..lamanya.

UMNO BERSIFAT BAHARU.SEBAB ITULAH ALLAH downkan UMNO sedikit.Ada ulama dalam UMNO pun hanya makan gaji buta sahaja.

Saya rasa TR layak jadi PM dan Kak RAFIDAH jadi TPM.Shahrizat ambil aleh Ketua Wanita.Tentang ketua Pemuda pula biar mereka masuk Universiti UMNO dahulu dan siapa yang lulus ujian baru jadi Ketua Pemuda.Nampak semua ini pelik tetapi dalampoliti semua boleh berlaku,kerana UMNO kini macam-macam ada.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk?
Secara tak sengaja saya termasuk dalam blog datuk. saya begitu cepat teruja bila terbaca Dr WanAzmi Sik, kerana saya juga beasal dari daerah ini. Teringat saya di awal pembabitan Datuk secara aktive di dalam Politik Daerah Sik, secara kebetulan kalau tak salah saya datuk juga merupakan antara Peneraju Penubuhan KEDA satu masa dulu. Dari satu segi pada pandangan saya Datk agak agresif di dalam tugas-tugas Datuk. Kesetian Datuk kepada UMNO, tak sepatutnya di curigai oleh, mana-mana pihak.
Teringat saya satu ketika dahulu orang tua saya yang juga seorang Penyokong setia UMNO, berasal dari kampung yang sudah ditenggelami air (SG Batang) cuba mendapatkan bantuan dari Datuk untuk membolehkan saya berugas sebagai Kerani di KEDA.
Dan jawapan yang Datuk berikan pada masa itu amat mengecewakan saya, kerana Datuk menasihatkan bapa saya balik suruh saya belajar, kerana kelulusan saya di dalam SPM ada potensi untuk pergi lebih jauh. Sungguh saya kecewa pada masa itu. Kebetulan saya rakan sekelas adik perempuan Datuk, (Saya dah lupa namanya). saya d fahamkan akhirnya adik datuk ini mendapat pekerjaan itu.
Berkat dari igtu, saya telah menyambungkan pelajaran itu. saya ambil kata-kata Datuk itu secara positif, dan alhamdulillah saya agak berjaya pada masa ini. terima kasih kepada datuk kerana masih lagi mahu melihat lebih ramai anak-anak sik terus menjadi pemimpin di Daerah SIk. Ini lah yang selalu kita harapkan.
Terima Kasih

abdullah said...

Assalamualaikum Datuk...

Tima kasih kerana membina blog semacam ini...

Saya Adik Lah dari Kelate...
Rujuk pada tulisan Datuk, adalah sama masalahnya di tempat saya..
PRU 12 baru2 ini, BN telah melatakkan calon yang tidak tahu dari mana datangnye...
Bak kata org kelate "Mari turun dari gunung bekali"...
Di Parlimen Kuala Krai, tempat saya..
Sebelum Penamaan calon..
Ahli2 UMNO telah mengadakan bantahan..
tetapi malangnye, tidak diambil peduli oleh Badan Tertinggi UMNO..

Apa yang mereka jawab, nak letak calon yang berkaliber, berpendidikan tinggi...

Pada pemerhatian saya, rakyat diluarbandar tidak mahu ambil tau semua itu...
Bagi mereka, apa yang menjadi keutamaan adalah calon yang boleh bersama rakyat...
yang tau masalah penduduk tempatan, yang boleh minum kopi bersama dikedai kopi...
Apa yang saya maksudkan adalah "Anak Tempatan"...
Apa yang saya lihat, PRU 12 baru ini..
Calon Dari Gunung diletakkan...
Pastu bila kalah, katala...orang kelate tak nak pembangunan..
Sepatutnye, pemimpin pusat kena pikir apa yang rakyat mahu sebenarnye...
Pikir apa yang depa wat salah pada rakyat..
Pada hemat saya, sesiapa yang nak jadi calon mestila mulai sekarang berbakti pada rakyat...
bukan tunggu nak PR je...

Sayangla bangsa dan agama...
Kerana Jika Tergadai Tanah air ini, tiada lagi tempat untuk kita..
Pikir2 la bersama...

Tima kasih Datuk...

Dik Lah
"yb.krai@gmail.com"

mengkuang said...

Salam Dato;

Saya setuju sangat dengan pandangan Dato, Presiden UMNO untuk Ku Li dan Timbalan bagi pada Rafidah Aziz. Semua ahli MT yang ada la ni bukannya boleh harap semua kaki ampu bodek.

Ahli MT pun patut tukar habis. Dulu kita bagi orang macam Zahid, Shahrir ingat boleh pakai tapi depa dah jadi bapak ampu yang besar sekali la ni.

Ok Dato, Salam.

orang luar yg berkempen di sik said...

dengar kata dato othman desa mahu bertanding lagi skali parlimen sik penggal hadapan.dia nak duduk di sik.apa komen dato?