Thursday, April 3, 2008

SAYA BERSEDIA.....

Saya Bersedia Bertanding untuk merebut kembali Ketua Bahagian Umno Sik.

Kepimpinan UMNO Sik sekarang ini telah GAGAL , 2 kali GAGAL dlm pilihanraya.

takkan org sik nak sampai 3-4 kali GAGAL ?

Bangunan UMNO yg saya buat lebih 15 tahun dulu pun tak mampu dijaga dan diurus oleh depa. Atap Bocor pun hanya bubuh atap getah saja.Berpolitik dgn menggunakan WANG RINGGIT semata mata dan bukan dengan SEMANGAT PERJUANGAN.

Kesilapan saya yg terbesar dalam karier politik saya ialah dengan membawa balik ke Sik Tan Sri Hamid Othman dan menyerahkan ketua bahagian kepadanya dengan harapan dia dan saya dapat berganding bahu untuk memajukan SIK. Setelah saya serahkan jawatan Ketua Bahagian kepadanya...saya ditendang keluar daripada UMNO dan saya dipecat dari UMNO selama 7 tahun 6 bulan.Dan yg paling sedih dituduh saya sebagai PRO PAS. sedangkan mereka menyokong PAS secara langsung.Nasib saya adalah seperti TUN MAHATHIR.. fikirkan fikirkan lah. Di Sik ini, kalau mahu menang banyak kenalah buat baik dgn PAS dan cuba dapat sedikit undi dari pihak PAS yg boleh buat kawan.Bukan seperti mereka yg bermusuhan dgn PAS.Saya mencabar mereka-mereka ini, supaya cuba masuk di kubu kubu PAS seperti di pondok2 dan di kampung Bandar Hilir.Jika mereka berani masuk....saya sanggup tabik mereka.Mereka sebenarnya tidak tahu, ikat kura-kura di kaki dan menangkap burung terbang dan jauh sekali meracit burung di rimba. Saya pernah cadangkan supaya Tengku Razali jadi PM dan Rafidah menjadi TPM. apa komen semua?

Org Sik tak perlu lawan saya kerana saya mempunyai rekod tersendiri.

1) anak Sik yg pertama jadi Ketua Bahagian Sik
2) anak Sik yg pertama jadi EXCO Kedah
3) anak Sik yg pertama mengangotai 2 Dewan iaitu Dewan Undangan Negeri Kedah Dan Parlimen Malaysia
4) Saya tidak pernah kalah dalam pilihanraya
5) Nombor ahli UMNO saya = 117 dan ahli UMNO yg paling LAMA kena PECAT mengalahkan Tun Mahathir yg dipecat selama 3 tahun saja.

Adalah lebih baik ,jika berbaik dgn saya supaya saya dapat mencurahkan segala ilmu dan pengalaman politik saya seperti yg dilakukan oleh Allahyarham Dato Non Johari kpd saya.

Sekian Terima Kasih-
Dato' Dr. wan azmi ariffin

-----------------------------------------------------------------

5 comments:

jefputra said...

Saya setuju apa yg di Luahkan oleh Dato Dr.Wan Azmi..beliu merupakan tokoh yang telah berjaya membangunkan daerah sik..saya membesar dalam kepimpinanya,apa yang diluahkan oleh Dato Wan Azmi memang betul pada pandangan saya.Pilihanraya PRU12 mengundang padah pada Umno sik..pada pandangan saya semasa era Dato Wan Azmi kebanyakan orang2 sik dlm Umno,Pas semuanya ada yang tetap menyokong Dato Wan Azmi..org sik mementingkan kepimpinannya adalah dari orang sik..senang bagi mereka mendapat khidmat dari pemimpin yang bahasa kgnya sik..Sik memerlukan pemuda2 yang berwibawa dlm Umno..Sik perlu ada banyak perubahan..pemimpin yang boleh kembalikan perubahan adalah Dato Dr.Wan Azmi..

Anonymous said...

saya juga setuju dengan pendapat saudara kita ni, tetapi orang sik perlu lah lebih terbuka untuk memberi peluang kepada anak-anak muda dari daerah sik yang berpendidikan tetapi terpaksa mencari pekerjaan di luar sik. ingat kemunduran daerah sik menyebabkan kami-kami berada di luar untuk menimba pengalaman dan mencari pekerjaan. dengan pengalaman yang ada ini insyaallah kami dapat gunakan untuk pembangunan daerah kita yang mundur ini. beri lah peluang kepada kami untuk terlibat didalam umno sik, jangan hanya mengharapkan org lain menyokong kita tetapi kita tidak memberi peluang kepada orang lain.

Anonymous said...

Mufti Perlis nasihat pemimpin bertaubat, mohon maaf pada rakyat
Azamin Amin
Sun | Apr 13, 08 | 1:58:12 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Pilihan raya lalu membuktikan bahawa rakyat mengundi untuk kebaikan negara malah mahukan perubahan ke arah yang lebih positif, adil dan telus.

Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin berkata usaha-usaha ke arah hasrat tersebut kelihatannya sedang giat dilakukan di mana kerajaan pusat juga telah merangka berbagai cadangan dan gagasan agar ketelusan dan keadilan dapat dilaksanakan.

"Begitu juga sesetengah kerajaan negeri yang baru dan yang lama. Sokonglah usaha-usaha yang baik serta berikanlah kritikan yang membina," katanya dalam rencana Pena Mufti yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan peristiwa pilihanraya yang lepas, perkara pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri dari krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu rakyat adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha.

"Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggunjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah.

Kata Dr Asri, pasca politik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara dan bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari kesilapan pihak lain sebaliknya melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan.

"Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat.

Dalam laman web drmaza.com beliau juga menjelaskan bahawa para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat dan diperhatikan malah kemewahan yang tidak betul cara akan menimbulkan tanda tanya.Ini termasuklah sikap dan perwatakan para pemimpin yang dipersoalkan, kata Dr Asri.

"Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Ada yang sehingga ketika artis hindustan datang ke Malaysia yang terlebih Bollywood dari Bollywood. Sedangkan dia isteri orang besar," katanya dalam laman web terbabit.

Ramai pemimpin seketika dulu merasakan mereka manusia kebal yang tidak mungkin ditumbangkan sedangkan mereka lupa bahawa rakyat sedang merasa mual,katanya.

Malah jika pemimpin bercakap soal Islam, hendaklah dibuktikan menerusi percakapan, pendekatan, sikap dan juga pakaian anak isteri.

Sementara itu beliau mengakui banyak perkara yang patut diberi komen berhubung konsep Islam Hadhari namun menangguhnya terlebih dahulu dan akan menjelaskan dalam buku yang bakal di tulisnya.

"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang 'seribu kekeliruan itu'.

"Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya-Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. Bertaubat!," katanya. -

Anonymous said...

apa hang tulis ni,
dato tak masuk tanding pun last elektion.

misi dia sekarang nak kuatkan balik umno sik, dan pas kepada generasi baru.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, Umno Sik lebih memerlukan Dato' Wan berbanding dengan Dato' Wan memerlukan Umno. Matlamat semua ahli Umno tentulah menjadikan parti itu "Hidup" kembali dengan perjuangan asal. Tidak kiralah veteran atau yang muda, yang penting pemimpin itu mampu membuat kerja dan mempunyai visi yang baik dan kemampuan melaksanakan visi tersebut.

Sehingga sekarang pun Dato' Wan Azmi masih bekerja sebagai "wakil rakyat" dan berkhidmat lebih dari wakil rakyat yang rasmi. Pemimpin yang tidak mengharapkan jawatan untuk berkhidmat baginilah yang sudah hampir pupus dalam Umno, dah sekiranya ada seorang dua yang masih tinggal, eloklah disokong.

Yang benar,
AKMA